Tuesday, February 23, 2010

aktiviti jalan kaki bersama kwan2 dan dr rdiah....

iklan mengenai bahasa dan sesiapa yang berminat boleh hubungi no yg tertera.

iklan amaran: jangan membuang sampah merata tempat.

sedang mendengar penerangan daripada dr radiah..huhuhu
pelajar hmt 329 turut lihat apa yang Dr rdiah tunjukkan kt atas tuh..
Iklan untuk lelaki menjadi kuat...huhu
azaki dan kak pah yang berada di lokasi kajian


Coretan semasa aktiviti jalan kaki bersama kawan-kawan dan
Dr Radiah


Pada 12 Februari 2010 iaitu pada hari jumaat semua pelajar Hmt329 telah diwajibkan untuk Dr Radiah untuk berkumpul di stadium hoki pada pukul 7 pagi. Dr juga mewajibkan kami untuk memakai baju sukan yang lengkap berserta dengan kasut sukan. Kami menyangka aktiviti yang akan dilakukan oleh dr radiah ialah bersenam di stadium selama 4 jam, tetapi semua sangkaan kami meleset bahawa apabila kami mengetahui matlamat sebenar dr ialah untuk membawa kami keluar berjalan-jalan di luar kawasan USM. Dr Radiah membawa kami berjalan-jalan dari kawasan bukit gambir menuju ke bukit jambul. Semasa perjalanan kami ke tempat yang ingin di tuju, dr radiah telah menunjukkan beberapa contoh papan tanda, nama jalan, contoh-contoh iklan dan lain-lain lagi. Dr menerangkan penggunaan papan tanda dan juga iklan dari segi pengunaan bahasa dari aspek analisis konstrastif dan terdapat juga beberapa papan tanda yang turut menyalahi pengunaan bahasa yang sebenarnya.

Terdapat beberapa contoh papan tanda yang tidak dapat dilihat oleh para pemandu, hal ini kerana papan tanda tersebut adalah sedikit tersorok dan juga turut dilindungi oleh rimbunan pokok-pokok yang berada di tepi jalan raya tersebut. Hal ini akan menghalang para pemandu untuk membaca papan tanda tersebut. Oleh hal yang demikian, mesej yang cuba di sampaikan oleh pengguna jalan raya adalah tidak sampai dan penguna jalan raya tidak dapat mengamatinya. Selain itu terdapat juga bebrapa perkataan yang turut di tulis dengan tulisan yang senget dan ini akan menyukarkan para pembaca untuk membacanya. Semasa kami melihat penggunaan bahasa di pondok telefon awam kami telah mendapat bahawa ianya ditulis dalam bahasa inngeris dan bukannya bahasa melayu. Walaupun di tulis dalam bahasa Inggeris namun ejaan juga masih silap. Di situ tertera perkataan "helo" dan ini menunjukkan penyalahgunaan bahasa yang terdapat di sekitar kita. Bagi perktaaan yang betulnya ialah "hello" dan ini menunjukkan kepada kita bahawa terdapat banyak penyalahgunaan bahasa di sekeliling kita tanpa kita sendiri.

Di samping itu, semasa kami melalui sebuah jejantas kami telah melihat banyak terdapat perkataan yang mencarut dan beberapa perkataan yang kurang menyenangkan mata kita untuk membacanya. Hal ini sangat memalukan dan ianya pasti di tulis oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jika hal ini masih berterusan ia akan merosakkan penggunaaan bahasa dalam masyarakat kita pada hari ini. Selain itu terdapat juga kata-kata cacian dan makian yang sengaja di tulis oleh seseorang untuk mengambarkan perasaan ketidakpuas hatinya kepada orang lain.

Bagi kawasan perumahan yang mewah kami mendapati bahawa penggunaan bahasanya lebih kepada bahasa Ingeris dan tidak dicampuradukkan dengan bahasa Melayu. Hal ini untuk menunjukkan bahawa kawasan tersebut hanya di diami oleh mereka yang berkedudukan tinggi sahaja dan yang mampu sahaja.

Aktiviti yang paling menarik adalah dr rdiah belanja kami semua makan pagi di kedai. Kami semua bersarapan pagi dengan roti canai dan air teh tarik..memang sedap sangat. TQ ye dr radiah yang baik hati..memang tidak sia-sialah segala aktiviti jalan kaki pada pagi tersebut. Hal ini kerana kami dapat melihat banyak penyalahgunaan bahasa dalam iklan dan nama-nama jalan. Bagi kami semua aktiviti sebegini memang menyeronokkan dan kami lebih banyak mendapat banyak info terbaru mengenai tempat-tempat di negeri Pulau Pinang ini.